|
|
A
Affidavit (Afidavit) Suatu pernyataan bertulis secara bersumpah di hadapan Pesuruhjaya Sumpah untuk digunakan terutamanya menyokong aplikasi tertentu dalam beberapa keadaan sebagai bukti di Mahkamah.
Adjudication Order (Perintah Penghukuman) Satu perintah Mahkamah yang mengisytiharkan seorang penghutang sebagai bankrap.
Appropriation Order (Perintah Peruntukan) Peruntukan sejumlah wang untuk sesuatu tujuan.
Annulment (Pembatalan) Proses dimana Mahkamah mengisytiharkan satu kebankrapan sebagai tidak sah atau diketepikan (dibatalkan).
Appeal (Rayuan) Seseorang bankrap atau pemiutang atau mana-mana orang yang kepentingannya telah terjejas dengan negetif oleh satu tindakan atau keputusan ‘Official Assignee’, boleh memohon kepada Mahkamah untuk mengakas atau mengubahsuai akta itu atau keputusan yang diadukan.
B
Bailiff (Bailif) Seorang pegawai Mahkamah yang bertindak bagi pihak mana-mana orang lain dalam pemilikan semula atau rampasan harta berkenaan perkhidmatan proses Mahkamah dan penguatkuasaan perintahnya.
Bankrupt (Bankrap) Seorang orang biasa yang menghadapi perintah penerimaan dan perintah penghukuman yang telah dibuat.
Bankruptcy (Kebankrapan) Keadaan seseorang menjadi Bankrap
Bankrupt Estate Ledger (Lejar Estet Si Bankrap) Rekod penyata akuan bankrap untuk tujuan membayar dividen dan kos pentadbiran.
Bond [Bon] (Surat Akuan @ Ikatan) Perjanjian di bawah meteri dimana seseorang (‘Obligator’) terikat dirinya kepada yang lain ( ‘penerima obligasi’) untuk menjalankan atau menahan diri daripada satu tindakan. Bon Ganti Rugi Merujuk kepada dokumen yang perlu ditandatangani pemohon yang menuntut bayaran balik deposit tanpa resit asal. Dokumen ini perlu mendapat pengesahan Pesuruhjaya Sumpah.
|
| LAST_UPDATED2 |
|
|
| Resolusi Paparan Terbaik: 1280 x 1024. Pelayar Terbaik Dengan Internet Explorer 7.0+. |
|
Hakcipta terpelihara @ 2010 - Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI)
|
|
|