|

This e-mail address is being protected from spambots, you need JavaScript enabled to view it
|
|
BAHAGIAN KEBANKRAPAN
Fungsi utama Bahagian Kebankrapan ialah seperti berikut:
-
Memastikan pentadbiran kes-kes kebankrapan dilaksanakan dengan berkesan dan selaras dengan peruntukan di bawah Akta Kebankrapan 1967.
-
Mengeluarkan garis panduan dan arahan-arahan pentadbiran kebankrapan dari semasa ke semasa.
-
Menyelia pentadbiran kes-kes kebankrapan di Cawangan-Cawangan termasuk:
Bahagian ini dibahagikan kepada enam unit dengan fungsi-fungsi berikut:
Unit Penghasilan Harta
-
Memproses permohonan pembelian harta si bankrap secara Triti Persendirian atau Tender.
-
Memberi arahan dan keputusan berkaitan isu-isu dan permasalahan dalam pengurusan harta si bankrap.
-
Menyediakan ringkasan kes untuk pertimbangan mesyuarat Jawatankuasa Unit Jualan Aset (JUJA).
-
Menyediakan surat tawaran.
-
Menyemak, meneliti dan meminda Perjanjian Jual Beli.
-
Menyediakan fakta, isu-isu dan undang-undang berkaitan pentadbiran harta bankrap untuk keputusan Ketua Pengarah Insolvensi.
Unit Permohonan di Bawah Seksyen 38(1)(c),(d) dan (e)
-
Memproses permohonan keluar negara di bawah seksyen 38(1)(c) Akta Kebankrapan 1967.
-
Memproses permohonan untuk memasuki atau menjalankan perniagaan atau menjadi pengarah syarikat atau selainya secara langsung atau tidak langsung mengambil bahagian dalam pengurusan mana-mana syarikat di bawah seksyen 38(1)(d) Kebankrapan 1967.
-
Memproses permohonan untuk bekerja dalam perniagaan saudara mara di bawah seksyen 38(1)(e) Kebankrapan 1967.
-
Memastikan bankrap mematuhi syarat yang dikenakan semasa kelulusan.
-
Berurusan dengan Jabatan Imigresen dan agensi-agensi lain yang berkaitan mengenai isu keluar negara.
Unit Sanksi dan Rayuan
-
Memproses permohonan sanksi untuk meneruskan tindakan di mahkamah di bawah 38(1)(a) Akta Kebankrapan 1967.
-
Menguruskan rayuan bankrap lanjutan daripada permohonan keluar negara dan sanksi.
-
Memastikan bankrap mematuhi syarat yang dikenakan semasa kelulusan.
-
Memproses pelepasan bankrap melalui Sijil Perakuan KPI.
-
Menyediakan laporan kes untuk pertimbangan KPI.
-
Meneliti bantahan daripada pemiutang-pemiutang.
-
Mengeluarkan Sijil Perakuan Pelepasan.
-
Memproses permohonan berkaitan dengan budibicara KPI di bawah seksyen 85(4) Akta Kebankrapan 1967 termasuk permohonan pengeluaran wang caruman KWSP, SOCSO, ASN/ASB, Tabung Haji dan sebagainya.
-
Memproses pelbagai permohonan yang diterima daripada bankrap.
-
Mengaturkan dan mengadakan mesyuarat dengan pihak berkepentingan dan agensi.-agensi lain yang berkaitan.
-
Merancang dan menentukan polisi dan halatuju Bahagian Kebankrapan.
-
Mengadakan penyelidikan tentang undang-undang kebankrapan.
-
Mengeluarkan garis panduan dan arahan mengenai pentadbiran kebankrapan.
-
Mengumpul dan membuat penganalisaan terhadap statistik kebankrapan.
-
Memastikan Petunjuk Prestasi Utama Bahagian Kebankrapan sentiasa tercapai.
-
Memastikan Piagam Pelanggan sentiasa dipatuhi dan dikemaskini agar memenuhi kehendak pelanggan dari semasa ke semasa.
|
|
|
LAST_UPDATED2 |