Bahasa Pilihan:

 
w3c
 
   
 
Pilihan Saiz Teks:

RSS Feed
















Pengumuman

1) Sebarang aduan / maklumbalas atau cadangan, sila hantar emel kepada kami di aduanjim@bheuu.gov.my




2) Tahniah kepada Cik Nor 'AAmirah binti Mohamad Shafie Pegawai Undang-Undang L41 dari Unit Polisi, Strategi dan Pembangunan, Ibu Pejabat telah dianugerahkan sebagai Pekerja Contoh MdI bulan Ogos 2010.




3) PROGRAM KE ARAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN CINTAILAH NEGARA KITA BAGI BULAN SEPTEMBER 2010 Tarikh : 6 September 2010 (Isnin) Masa : 8.00 pagi hingga 8.30 pagi Tempat : Dataran Perdana, Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya Semua Pengarah Bahagian, Penjawat Awam Bahagian Kebankrapan dan Bahagian Teknologi Maklumat diwajibkan hadir. Penjawat Awam MdI yang lain juga digalakkan hadir.




4) MAJLIS JAWHAR INTELLECTUAL DISCOURSE (JID)BIL 3/2010 BERTEMAKAN "JOM WAKAF" DIANJURKAN OLEH BHEUU Tarikh : 23 September 2010 Masa : 8.30 pagi hingga 12.45 tengahari Tempat : Auditorium EA,Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya




Dasar Keselamatan ICT

Dasar Keselamatan ICT BHEUU

Khidmat Pantas

MySMS

MyEG

Rilek

ico_law(bm)

ico_faqs(bm)

ico_statistic(bm)

This e-mail address is being protected from spambots, you need JavaScript enabled to view it

   Bahagian Perundangan memegang fungsi penting dalam memastikan visi dan misi MdI bergerak seiring dengan kehendak undang-undang. Bahagian ini merupakan satu-satunya bahagian yang membawa peranan Ketua Pengarah Insolvensi Malaysia dan/atau Pegawai Penerima Malaysia ke arena perundangan dan kehakiman dengan penglibatan aktif di Mahkamah-Mahkamah di Malaysia.

 

   Demi mencapai objektif MdI secara aktif dan kolektif, Bahagian Perundangan dibahagikan kepada dua (2) unit yang mempunyai fungsi tersendiri :

 

Unit Litigasi

  • Mengendalikan kes-kes di Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah bagi pihak Ketua Pengarah Insolvensi Malaysia dan/atau Pegawai Penerima Malaysia dalam apa-apa perkara sama ada untuk memfailkan tindakan ataupun dalam pembelaan kepada tindakan yang difailkan terhadap Ketua Pengarah Insolvensi Malaysia dan/atau Pegawai Penerima Malaysia.
  • Mengendalikan kes-kes di Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah bagi pihak bankrap, syarikat yang digulungkan, persatuan dan kesatuan pekerja yang dibatalkan pendaftaran dalam apa-apa tindakan yang difailkan dalam perkara kebankrapan, penggulungan syarikat serta pembatalan persatuan dan kesatuan pekerja.
  • Menyediakan segala kertas kausa yang berkaitan untuk tujuan pengendalian kes-kes Mahkamah di dalam perkara kebankrapan, penggulungan syarikat serta pembatalan persatuan dan kesatuan pekerja.
  • Mengendalikan kes-kes rumit dan berkepentingan serta memantau penyediaan kertas kausa berkaitan bagi pihak cawangan-cawangan seluruh negara.
  • Menyemak dan meluluskan deraf kertas kausa termasuk afidavit dan hujahan yang dirujuk oleh cawangan-cawangan seluruh negara untuk tujuan pengendalian kes-kes Mahkamah.

Unit Penasihat

  • Menyediakan pendapat undang-undang mengenai pelbagai isu melibatkan undang-undang kebankrapan, penggulungan syarikat, pertubuhan yang dibatalkan dan kesatuan sekerja serta isu-isu semasa berkaitan undang-undang.
  • Membuat kajian mengenai peruntukan undang-undang melibatkan kebankrapan, pengulungan syarikat, pertubuhan yang dibatalkan dan kesatuan sekerja untuk tujuan pembaharuan undang-undang insolvensi secara menyeluruh.
  • menyelenggara dan mentadbir hal ehwal pentadbiran perpustakaan MdI serta membuat cadangan-cadangan pembelian buku-buku perundangan untuk keperluan Ibu pejabat dan cawangan-cawangan.
  • Menggiatkan usaha ke arah pembelajaran berterusan dengan mengadakan kursus-kursus dalaman yang relevan untuk pegawai-pegawai insolvensi Ibu Pejabat dan cawangan-cawangan.
LAST_UPDATED2
 

 

Resolusi Paparan Terbaik: 1280 x 1024. Pelayar Terbaik Dengan Internet Explorer 7.0+.
Hakcipta terpelihara @ 2010 - Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI)