|
Jabatan Insolvensi Malaysia melalui Ketua Pengarah Insolvensi mempunyai kuasa untuk menyiasat dan mendakwa bankrap atau mana-mana orang yang telah melakukan kesalahan di bawah Akta Kebankrapan 1967 dan Kanun Keseksaan.
Fungsi
-
Untuk mendakwa keslahan tipu muslihat menghalang penemuan atau pemerolehan harta, tipu muslihat memperoleh kredit, muslihat salah urus perniagaan, tipu muslihat surat ikatan, penyusunan harta oleh si berhutang, bankrap, bankrap yang telah dilepaskan, pemiutang dan terhadap rakan subahat kepada bankrap / si berhutang.
Bahagian Pendakwaan mempunyai 3 unit yang menjalankan tugasan yang spesifik iaitu :
Pemantauan Unit
Unit ini dipertanggungjawabkan untuk memantau aktiviti pendakwaan di unit cawangan dan mengumpul data-data berkaitan dengan kes-kes pendakwaan.
Unit Fraud
Unit ini mengendalikan kes-kes quasi jenayah yang melibatkan kesalahan-kesalahan yang boleh dihukum dendan dan penjara di bawah Akta Kebankrapan 1967. Pendakwaan diambil terhadap penghutang kehakiman, bankrap, bankrap yang telah dilepaskan, pemiutang dan terhadap rakan subahat kepada bankrap / si berhutang
Kesalahan sebagaimana tersenarai dalam Jadual A, Jadual B, Jadual C, Jadual D, Jadual E dan Jadual F.
Kesalahan di bawah Kanun Keseksaan sebagaimana tersenarai dalam Jadual G
Unit Insolvency Enquiry Paper (IEP)
Unit ini mengendalikan kes-kes komitalbagi kesalahan tidak mematuhi arahan dan perintah mahkamah dan/atau Ketuan Pengarah Insolvensi.
|