|
This e-mail address is being protected from spambots, you need JavaScript enabled to view it
|
|
Bahagian Perakaunan bertanggungjawab untuk memantau semua laporan, penyatuan akaun dan khidmat nasihat berkaitan Akaun Hasil, Amanah dan Deposit.
Fungsi utama bahagian ini ialah memberi perkhidmatan yang efektif dan efisien untuk mencapai visi dan misi MdI. Bahagian ini mempunyai dua unit utama iaitu Unit Hasil dan Amanah dan Unit Penilaian.
Unit Hasil Dan Amanah
-
Melaburkan wang lebihan daripada dana Akaun Penggulungan Syarikat dan Kebankrapan sebagaimana yang dibenarkan oleh Seksyen 77 Akta Kebankrapan 1967, Seksyen 285 Akta Syarikat 1965 dan Kaedah 157 (Kaedah Pengulungan Syarikat 1972).
-
Mengawalselia serta memantau semua pelikuidasi yang diluluskan supaya mematuhi laporan yang diperlukan di bawah Seksyen 286 Akta Syarikat 1965 dan Kaedah 104 (Kaedah Penggulungan Syarikat 1972) berkaitan dengan dividen dan aset yang tidak dituntut dan baki yang tidak dapat dibahagikan.
-
Memberi pandangan atau cadangan balas mengenai penilaian terhadap sesuatu aset atau saham sebagainya milik si bankrap/syarikat yang digulungkan sebelum penzahiran aset.
-
Melaksanakan semakan ke atas dokumen-dokumen yang difailkan oleh Pelikuidasi yang dilantik oleh mahkamah.
-
Membantu Pegawai Penerima sebagai Pelikuidasi di bawah Seksyen 231 dan Seksyen 281 Akta Syarikat.
Unit Penilaian
- Urusetia Jawatankuasa Unit Jualan Aset (JUJA).
- Urusetia dalam penjualan Aset secara Tender.
- Memantau, menilai dan mengiklankan aset yang tidak dicagarkan.
- Mengiklankan aset MdI di Laman web rasmi MdI.
- Urusetia untuk Permohonan Penyewaan Stor bagi cawangan MdI.
- Menguruskan dan melaksanakan penjualan aset di stor MdI di Balakong, Selangor.
|
|
|
LAST_UPDATED2 |