|

This e-mail address is being protected from spambots, you need JavaScript enabled to view it
|
|
Bahagian Teknologi Maklumat bertanggungjawab dalam mengurus serta memantau aplikasi perkakasan dan perisian sistem, perkhidmatan teknikal dan juga rangkaian yang digunapakai di MdI dan cawangan-cawangan di seluruh Malaysia. Bahagian ini terbahagi kepada tiga unit utama iaitu:-
Unit Pemantauan Sistem
-
Mengenalpasti keperluan dan kelemahan sistem-sistem sedia ada yang digunapakai di MdI supaya boleh merancang untuk penambahbaikan atau peningkatan sistem.
-
Memantau pelaksanaan Sistem Pengurusan Kes di 21 cawangan di seluruh Malaysia dan membantu menyelesaikan masalah pengemaskinian data.
-
Menberikan khidmat perundingan dan jalan penyelesaian kepada Pengurusan Atasan MdI dan kakitangan yang lain bagi isu-isu berkaitan ICT.
-
Memudah serta menyelaraskan pelaksanaan aplikasi sistem-sistem termasuk sistem carian atas talian (sistem e-Insolvensi).
-
Menentukan ciri-ciri keselamatan dan kesahihan data-data pada sistem serta memastikan segala aspek keselamatan diambil kira dari masa ke semasa.
Unit Operasi Carian
-
Menguruskan permohonan carian melalui borang permohonan (e-Insolvensi, Borang K & Borang L) yang diterima daripada pelanggan.
-
Mencetak Keputusan Carian Rasmi bagi permohonan kebankrapan dan penggulungan syarikat berdasarkan maklumat yang terdapat pada pangkalan data.
-
Memberikan perkhidmatan yang efisyen dalam membantu orang awam untuk membuat carian kebankrapan dan penggulungan syarikat.
-
Mengemaskini dan mengurus data-data supaya sentiasa sahih, tepat dan mudah dicapai dalam masa yang singkat di mana maklumat ini menjadi rujukan sumber kepada pihak kerajaan dan bidang swasta.
-
Bekerjasama dengan bahagian-bahagian lain dalam mereka strategi untuk mengaplikasikan maklumat di dalam pangkalan data bagi pembangunan produk dan memperbaiki perkhidmatan kepada pelanggan.
Unit Penyelenggaraan
-
Mentadbir dan menyokong pentadbiran sistem serta menguruskan sistem pangkalan data.
-
Mengkaji dan merancang pembangunan ICT dan menyediakan khidmat sokongan teknikal.
-
Meningkatan tahap kesedaran penggunaan kemahiran ICT terhadap kakitangan MdI.
-
Menjadi pusat bantuan teknikal bagi para kakitangan di MdI.
-
Membangun serta menyelenggara laman web MdI dan Intranet MdI.
-
Memastikan perkakasan komputer di dalam keadaan teratur dan diselenggara dengan sebaiknya.
-
Merekodkan segala butiran pertanyaan dan cadangan yang telah diterima bagi tujuan rujukan ataupun kegunaan statistik.
|
|
|
LAST_UPDATED2 |