Cetak

mySMS

Indeks Artikel

Satu inisiatif untuk mempelbagaikan saluran penyampaian perkhidmatan bagi membolehkan orang ramai mendapatkan perkhidmatan Kerajaan melalui SMS dengan mudah dan ringkas melalui satu nombor tunggal iaitu 15888. Pengguna perlu mendaftar sebagai RAKAN mySMS sebelum dapat menggunakan perkhidmatan ini dengan menaip mesej seperti berikut:

REG MYSMS [Nama Penuh] [MyID]

dan SMS ke 15888

Perkhidmatan mySMS 15888 telah mula dilaksanakan di MdI bermula Julai 2008 dengan menyediakan tiga (3) jenis perkhidmatan iaitu:

  1. SMS Maklumat Atas Permintaan (Information On Demand - IOD)
  2. SMS Dokumen Atas Permintaan (Document On Demand - DOD)
  3. SMS Aduan

SMS Maklumat Atas Permintaan (Information On Demand - IOD)

Perkhidmatan ini menawarkan penghantaran maklumat sms ke telefon bimbit pengguna. Perkhidmatan ini mempunyai kekangan di mana hanya 150 aksara sahaja dibenarkan dihantar.

SMS Dokumen Atas Permintaan (Document On Demand - DOD)

Perkhidmatan ini menawarkan penghantaran dokumen/risalah ke emel pengguna. Perkhidmatan ini sesuai digunakan untuk memberi pengguna maklumat terperinci dalam bentuk dokumen serta borang untuk kegunaan pengguna.

SMS Aduan

Perkhidmatan ini membolehkan pengguna membuat aduan kepada agensi yang dikehendaki. Maklumat aduan ini boleh terus dihantar ke emel dan telefon bimbit pegawai yang menguruskan aduan pengguna.

Kos Perkhidmatan

Kos perkhidmatan IOD, DOD dan Aduan ditanggung sepenuhnya oleh pengguna, seperti berikut:

  1. Caj penghantaran = RM0.15
  2. Caj penerimaan = RM0.20