Apa
itu kebankrapan?
Kebankrapan adalah satu proses di mana seorang penghutang itu diisytiharkan
sebagai bankrap lanjutan daripada suatu Perintah Penghukuman yang dibuat
di Mahkamah Tinggi terhadap penghutang tersebut atas kegagalan atau
ketidakupayaan untuk membayar hutang sekurang-kurangnya RM30,000.00.
Siapakah
itu penghutang?
Penghutang dalam konteks Akta Kebankrapan merujuk kepada individu yang
tertakluk di bawah bidangkuasa mahkamah di bawah seksyen 3(3) Akta Kebankrapan
1967 yang pada masa tindakan kebankrapan telah dibuat:
-
Telah hadir sendiri di Malaysia; atau
-
Biasanya
telah tinggal atau telah mempunyai suatu tempat kediaman di Malaysia;
atau
-
Telah
menjalankan perniagaan dalam Malaysia sama ada sendiri atau dengan
cara seorang ejen; atau
-
Telah
menjadi seorang ahli sebuah firma atau perkongsian yang telah menjalankan
perniagaan dalam Malaysia.
Bagaimanakah
seseorang itu boleh menjadi bankrap?
Mahkamah Tinggi akan mengeluarkan suatu Perintah Penerimaan dan Perintah
Penghukuman terhadap seseorang individu selepas suatu Petisyen Kebankrapan
dikemukakan. Petisyen Kebankrapan ini dikemukakan di mahkamah melalui
dua (2) cara:
- Tinggal
di Malaysia; atau
- Dalam
tempoh satu tahun sebelum tarikh pengemukaan petisyen:
- Telah
tinggal di Malaysia; atau
- Telah
mempunyai sebuah rumah kediaman di Malaysia; atau
- Telah
mempunyai tempat perniagaan di Malaysia; atau
- Telah
menjalankan perniagaan sendiri atau melalui ejen di Malaysia; atau
- Telah
dalam tempoh yang sama menjadi seorang ahli sebuah firma atau perkongsian
yang telah menjalankan perniagaan dalam Malaysia dengan cara seorang
pekongsi atau pekongsi-pekongsi atau seorang ejen atau pengurus.
- Petisyen
Pemiutang dikemukakan apabila penghutang berhutangan dengan pemiutang
pempetisyen tidak kurang dari RM30,000.00.
-
Petisyen
Penghutang. Suatu Petisyen Penghutang merupakan satu tindakan
kebankrapan. Petisyen Penghutang ini difailkan atau dikemukakan oleh
penghutang itu sendiri yang menjadikan dirinya seorang bankrap bagi
melindungi dirinya dari tuntutan pemiutang yang berlebihan. Berlainan
dengan Petisyen Pemiutang, tiada sebarang had atau jumlah hutang yang
disyaratkan sebelum memfailkan Petisyen Penghutang. Selepas mengemukakan
Petisyen Penghutang, ianya tidak boleh ditarik balik kecuali dengan
kebenaran mahkamah.
Petisyen
ini (Borang 3, Kaedah-Kaedah Kebankrapan 1969) hendaklah difailkan di
Mahkamah di mana penghutang tersebut tinggal. Sebelum Petisyen tersebut
difailkan, penghutang mestilah mendepositkan sejumlah RM1,500.00 kepada
KPI bagi tujuan menampung segala perbelanjaan sepanjang pentadbiran
kes oleh KPI. Mahkamah hanya akan membenarkan Petisyen tersebut difailkan
setelah resit pembayaran deposit yang dikeluarkan oleh KPI dikemukakan.
Satu salinan Petisyen Penghutang yang dimeterai kemudian akan dihantar
kepada KPI sama ada melalui pos atau sebaliknya. Semasa perbicaraan
Petisyen Penghutang, Mahkamah akan membuat satu Perintah Penerimaan
serta satu Perintah Penghukuman. Walau bagaimanapun, jika si bankrap
tidak hadir ke perbicaraan tersebut, Petisyen tersebut boleh dibatalkan.
Perlu diingatkan bahawa kebankrapan adalah satu perkara serius dan seharusnya
dijadikan sebagai jalan terakhir. Ini kerana terdapat banyak sekatan
yang dikenakan ke atas bankrap seperti sekaran keluar negara, memegang
jawatan sebagai pengarah syarikat atau menjalankan perniagaan dan keperluan
untuk menyumbang ke dalam estet kebankrapan tanpa gagal untuk faedah
pemiutang-pemiutang. Bankrap juga perlu menyerahkan segala hartanya
termasuk rumah dan kenderaan. Di samping itu, tiada pelepasan automatik
dipraktiskan di negara ini. Bankrap hanya boleh dilepaskan dari kebankrapan
oleh Mahkamah atau KPI tetapi ianya tertakluk kepada sebarang bantahan
daripada pihak pemiutang.
|