Apakah tanggungjawab seorang bankrap?


Tanggungjawab seorang bankrap termasuklah:

  • Menghadirkan diri di JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA sebaik sahaja Perintah Penerimaan dan Perintah Penghukuman dikeluarkan terhadapnya dan juga setiap mesyuarat atau perjumpaan apabila diarahkan;
  • Menyerahkan semua harta miliknya kepada KPI;
  • Memfailkan Pernyataan Hal Ehwal;
  • Menyerahkan Penyata Perbelanjaan dan Pendapatan bagi tempoh setiap enam (6) bulan;
  • Menghadiri semua mesyuarat-mesyuarat pemiutang;
  • Mengelakkan dari memperoleh kredit Tidak membuat pembayaran terus hutang kepada pemiutang;
  • Membuat bayaran ansuran bulanan ke dalam estet kebankrapan;
  • Sentiasa mengemaskini dan memberitahu dengan segera jika terdapat sebarang perubahan nama, alamat tempat tinggal, no. telefon, jumlah pendapatan, harta dan maklumat lain yang berkaitan;
  • Memberi respon dan menjawab sebarang pertanyaan kepada Ketua Pengarah Insolvensi; dan
  • Tertakluk kepada arahan Ketua Pengarah Insolvensi, Mahkamah dan peruntukan di dalam Akta Kebankrapan 1967.