-
Tidak
boleh dilantik atau bertindak sebagai Hakim Mahkamah Sesyen atau Majistret
-
Tidak
boleh dicalonkan di dalam pilihanraya dan / atau menjadi perwakilan
(hilang kelayakan sebagai ahli atau memegang mana-mana jawatan di
dalam persatuan)
-
Tidak
boleh dicalonkan atau dipilih atau memegang atau menjalankan jawatan
Ahli Majlis sebuah Pihak Berkuasa Tempatan.
-
Tidak
boleh meneruskan mana-mana tindakan kecuali dengan sanksi Ketua Pengarah
Insolvensi.
-
Tidak
boleh meninggalkan persekutuan kecuali dengan kebenaran Ketua Pengarah
Insolvensi atau mahkamah.
-
Tidak
boleh menjalankan mana-mana perniagaan atau menjadi seorang pengarah
atau mengambil bahagian dalam pengurusan mana-mana syarikat kecuali
dengan kebenaran dari Ketua Pengarah Insolvensi atau mahkamah.
-
Tidak
boleh bekerja dengan syarikat milik pasangan, keluarga atau saudara
kecuali dengan kebenaran dari Ketua Pengarah Insolvensi atau mahkamah.
-
Tidak
dibenarkan membuat pinjaman melebihi RM1,000.00 tanpa memaklumkan
kepada pihak yang memberi pinjam bahawa dia adalah seorang bankrap