Bagaimana
untuk keluar dari kebankrapan?
Di bawah Akta Kebankrapan 1967, terdapat tiga (3) cara untuk keluar
dari kebankrapan. Sila ambil perhatian bahawa tiada pelepasan automatik
di Malaysia.
1.
Pembatalan
Pembatalan
adalah pemansuhan di dalam kebankrapan.
Terdapat
tiga (3) keadaan di mana mahkamah boleh mambatalkan Perintah Penghukuman
:
Kesan pembatalan
adalah untuk menghapuskan kebankrapan seolah-olah penghutang tidak pernah
diisytihar bankrap.
2.
Pelepasan Dengan Perintah Mahkamah
Pelepasan
bermaksud bebas daripada kebankrapan.
Bagaimana
untuk saya memohon pelepasan?
Anda boleh memohon melalui Mahkamah Tinggi untuk mendapatkan Perintah
Pelepasan.
Mahkamah akan mendengar Ketua Pengarah Insolvensi dan pemiutang-pemiutang
sebelum sebarang keputusan pelepasan dibuat. Mahkamah akan mempertimbangkan
beberapa faktor seperti umur, pendapatan dan aset sebelum keputusan
pelepasan. Selain itu, mahkamah juga akan mempertimbangkan jumlah bayaran
yang telah anda sumbangkan untuk faedah pemiutang, sama ada terdapat
kebankrapan atau kesalahan lain yang dilakukan, secara umumnya, sama
ada anda telah memberi kerjasama yang sepenuhnya kepada Ketua Pengarah
Insolvensi semasa pentadbiran kes anda.
3. Pelepasan Melalui Sijil Ketua Pengarah Insolvensi
Ketua Pengarah
Insolvensi, boleh, dengan budi bicara, melepaskan bankrap selepas tempoh
lima (5) tahun di dalam kebankrapan. Dalam mempertimbangkan untuk melepaskan
si bankrap, Ketua Pengarah Insolvensi akan mempertimbangkan beberapa
faktor seperti:
• Sebab kebankrapan;
• Tempoh kebankrapan;
• Aset si bankrap dan bayaran terhadap estet bagi faedah pemiutang;
• Umur atau kesihatan si bankrap;
• Kelakuan si bankrap; dan
• Tahap kerjasama yang diberikan kepada Ketua Pengarah Insolvensi
dalam hal ehwal pentadbiran kes.
Oleh yang demikian, anda dinasihatkan supaya memberikan kerjasama sepenuhnya
terhadap Ketua Pengarah Insolvensi.