Cetak

Peranan Kami

Fungsi Jabatan

  • Mentadbir hal ehwal siberhutang dan sibankrap mengikut Akta Kebankrapan 1967 dan Kaedah-Kaedah Kebankrapan 1969;

  • Melaksanakan fungsi sebagai Pelikuidasi Sementara atau Pelikuidasi yang dilantik bagi syarikat-syarikat yang digulungkan mengikut peruntukan Akta Syarikat 1965 dan Kaedah-Kaedah Syarikat (Penggulungan) 1972;

  • Mentadbir hal ehwal pertubuhan yang dibatalkan mengikut Akta Pertubuhan 1966 dan Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984;

  • Mentadbir hal ehwal kesatuan sekerja mengikut Akta Kesatuan Sekerja 1959 dan Peraturan-Peraturan Kesatuan Sekerja 1959;

  • Menjalankan penyiasatan dan penguatkuasaan undang-undang berkaitan dengan apa-apa kesalahan yang disyaki yang dilakukan oleh sibankrap atau pengarah syarikat di bawah Akta Kebankrapan 1967, Akta Syarikat 1965, Akta Pertubuhan 1984, Akta Kesatuan Sekerja 1959 dan di bawah mana-mana perundangan lain yang berkaitan dengan kebankrapan atau penggulungan syarikat;

  • Menjalankan pendakwaan semua jenis kes jenayah dan kuasi jenayah di bawah Akta Kebankrapan 1967 dan Akta Syarikat 1965;

  • Menjadi sumber rujukan kepada Jabatan dan Kerajaan mengenai apa-apa masalah perundangan mengenai kebankrapan atau penggulungan syarikat yang timbul;

  • Mewakili Kerajaan, Jabatan, sibankrap dan syarikat yang digulungkan dalam semua perbicaraan sivil di mahkamah;

  • Menyediakan khidmat carian status kebankrapan individu dan status syarikat;

  • Menguruskan hal ehwal kewangan Jabatan dan perakaunan insolvensi serta menjalankan aktiviti penghasilan bagi pihak Kerajaan melalui sumber-sumber di bawah kawalan yang dibenarkan di bawah Akta Kebankrapan 1967, Akta Syarikat 1965, Akta Acara Kewangan 1957 atau Arahan Perbendaharaan; dan

  • Mengurus dan mengawalselia pentadbiran Ibu Pejabat dan semua pejabat cawangan Jabatan Insolvensi Malaysia seluruh Malaysia.