Cetak

Bahagian Kebankrapan

image preview

Rosli Ahmad
Pengarah Insolvensi Bahagian Kebankrapan
rosli dot ahmad at insolvensi dot gov dot my

Fungsi

Fungsi utama Bahagian Kebankrapan ialah seperti berikut:

  • Memastikan pentadbiran kes-kes kebankrapan dilaksanakan dengan berkesan dan selaras dengan peruntukan di bawah Akta Kebankrapan 1967.
  • Mengeluarkan garis panduan dan arahan-arahan pentadbiran kebankrapan dari semasa ke semasa.
  • Menyelia pentadbiran kes-kes kebankrapan di Cawangan-Cawangan termasuk:
    • Mengiklankan dan menyerahkan Perintah Penerimaan dan Perintah Penghukuman.
    • Memantau perihal kelakuan si bankrap.
    • Menjalankan Soalan Awal ke atas bankrap.
    • Menjalankan Mesyuarat Bersama Pemiutang.
    • Menyiasat apa-apa harta yang dimiliki bankrap.
    • Menghasilkan harta bankrap untuk diagihkan kepada pemiutang.
    • Menerima dan menolak Borang Bukti Hutang yang difailkan oleh pemiutang-pemiutang.
    • Menyediakan Skim Pembayaran Dividen.
    • Mengisytiharkan dan mengagihkan dividen kepada pemiutang-pemiutang.

Bahagian ini dibahagikan kepada enam unit dengan fungsi-fungsi berikut:

Unit Penghasilan Harta

  • Memproses permohonan pembelian harta si bankrap secara Triti Persendirian atau Tender.
  • Memberi arahan dan keputusan berkaitan isu-isu dan permasalahan dalam pengurusan harta si bankrap.
  • Menyediakan ringkasan kes untuk pertimbangan mesyuarat Jawatankuasa Unit Jualan Aset (JUJA).
  • Menyediakan surat tawaran.
  • Menyemak, meneliti dan meminda Perjanjian Jual Beli.
  • Menyediakan fakta, isu-isu dan undang-undang berkaitan pentadbiran harta bankrap untuk keputusan Ketua Pengarah Insolvensi.

Unit Permohonan di Bawah Seksyen 38(1)(c),(d) dan (e)

  • Memproses permohonan keluar negara di bawah seksyen 38(1)(c) Akta Kebankrapan 1967.
  • Memproses permohonan untuk memasuki atau menjalankan perniagaan atau menjadi pengarah syarikat atau selainya secara langsung atau tidak langsung mengambil bahagian dalam pengurusan mana-mana syarikat di bawah seksyen 38(1)(d) Kebankrapan 1967.
  • Memproses permohonan untuk bekerja dalam perniagaan saudara mara di bawah seksyen 38(1)(e) Kebankrapan 1967.
  • Memastikan bankrap mematuhi syarat yang dikenakan semasa kelulusan.
  • Berurusan dengan Jabatan Imigresen dan agensi-agensi lain yang berkaitan mengenai isu keluar negara.

Unit Sanksi dan Rayuan

  • Memproses permohonan sanksi untuk meneruskan tindakan di mahkamah di bawah 38(1)(a) Akta Kebankrapan 1967.
  • Menguruskan rayuan bankrap lanjutan daripada permohonan keluar negara dan sanksi.
  • Memastikan bankrap mematuhi syarat yang dikenakan semasa kelulusan.

Unit Pelepasan di Bawah Seksyen 33A

  • Memproses pelepasan bankrap melalui Sijil Perakuan KPI.
  • Menyediakan laporan kes untuk pertimbangan KPI.
  • Meneliti bantahan daripada pemiutang-pemiutang.
  • Mengeluarkan Sijil Perakuan Pelepasan.

Unit Khidmat Am

  • Memproses permohonan berkaitan dengan budibicara KPI di bawah seksyen 85(4) Akta Kebankrapan 1967 termasuk permohonan pengeluaran wang caruman KWSP, SOCSO, ASN/ASB, Tabung Haji dan sebagainya.
  • Memproses pelbagai permohonan yang diterima daripada bankrap.
  • Mengaturkan dan mengadakan mesyuarat dengan pihak berkepentingan dan agensi.-agensi lain yang berkaitan.

Unit Dasar Pembangunan dan Penyelidikan

  • Merancang dan menentukan polisi dan halatuju Bahagian Kebankrapan.
  • Mengadakan penyelidikan tentang undang-undang kebankrapan.
  • Mengeluarkan garis panduan dan arahan mengenai pentadbiran kebankrapan.
  • Mengumpul dan membuat penganalisaan terhadap statistik kebankrapan.
  • Memastikan Petunjuk Prestasi Utama Bahagian Kebankrapan sentiasa tercapai.
  • Memastikan Piagam Pelanggan sentiasa dipatuhi dan dikemaskini agar memenuhi kehendak pelanggan dari semasa ke semasa.